Wednesday, September 14, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


1. Selepas balik bercuti dari Kedah, keadaan @TS tidak seceria macam tahun-tahun yang lepas disebabkan oleh U-turn depan @TS ditutup selama-nya.
2. Walaubagaimanapun pada 5 September 2011, JKP @TS telah memanggil perjumpaan tergempar untuk menyelesaikan masalah U-turn di depan @TS di Jalan Ipoh Rawang.
3. Perkara ini di bangkitkan oleh Saudara Amizal TS13, yang mana beliau telah menghantar notis bantahan kepada JKR mengenai kesusahan yang di alami apabila U-Turn itu di tutup.
4. Mesyuarat telah dihadiri oleh saya dan Azizah, Tok Penghulu Nordin dan isteri, Zulkifli Sidek dan Nina, Sdr Amizal, Dr Sidek, Rashid, Pn Habsah, Ani, Bang Lah dan Che Kiah.
5. Mesyuarat telah merumuskan satu perjumpaan akan diadakan segera untuk menyelesaikan masalah ini dengan JKR.
6. Kami amat berterima kasih kepada Bang Lah dan Che Kiah kerana menyediakan tempat mesyuarat dan mengadakan jamuan Hari Raya selepas mesyuarat tersebut.
7. Kami akan menunggu sms dari penghulu untuk tindakan selanjutnya.

Sekian.