Sunday, May 27, 2012

RELOCATION OF SECURITY GUARD POSTS - GOTONG ROYONG PENDUDUK @TS

JK Penaja Persatuan Penduduk Templer Saujana ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada warga TS yang hadir menyumbangkan tenaga menjayakan Gotong Royong pada pagi Ahad 27Mei 2012.

Semuga aktiviti gotong royong ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara penduduk.

Terima kasih juga kepada kaum ibu TS Puan Rokiah, Puan Zah, Puan Danila dan Puan Hafsah kerana menyediakan sarapan untuk peserta Gotong Royong pagi tadi.

Laporan JK Penaja PPTS




















































Saturday, May 26, 2012

KAWALAN KESELAMATAN @TEMPLER SAUJANA Pekeliling Kawalan Keselamatan 1/2012

Pengenalan
Adalah dimaklumkan salah satu agenda penting bagi Jawatankuasa Penduduk TS adalah untuk menyelesaikan isu keselamatan penduduk. Seperti kita telah maklum, kejadian pecah rumah telah menjadi-jadi terutama sejak Kolam Pancing GP membuka Jalan TS10 kepada laluan pengunjung GP dimana penduduk telah terdedah kepada kemasukan penjenayah yang mengambil kesempatan untuk memasuki Templer Saujana melalui kelemahan sistem keselamatan kita. Sejak kolam pancing dibuka pada 28 Januari 2012, 10 kes pecah rumah di Templer Saujana telah di laporkan.

Keselamatan di Templer Saujana
JK Penaja Persatuan Penduduk TS telah pun bermesyuarat beberapa kali untuk memantapkan lagi sistem Keselamatan di Templer Saujana. Di mesyuarat ke 3 pada 22 Mei 2010, JK Penaja PPTS telah menetapkan untuk:
1. Menambah seorang lagi Pengawal Keselamatan menjadikan 4 orang semuanya secepat mungkin.
2. Mengadakan 2 pos keselamatan iaitu:
a) di permulaan Jalan TS1
b) di simpang antara Jalan TS1/TS9/TS10.
3. Penduduk digalakkan memasang ALARM pada rumah masing-masing
4. Penduduk menjaga keselamatan dibelakang rumah masing-masing dengan memasang pagar berduri atau tembok yang tinggi supaya pencuri sukar untuk memasuki rumah dari pintu belakang
5. Bagi keselamatan taman keseluruhannya, JK Penaja PPTS akan membuat tinjauan dari masa kesemasa di sekeliling taman mana-mana tempat yang senang dibolosi pencuri dan mengambil langkah pencegahan.

Tanggung Jawab Penduduk
Pada masa ini kurang daripada 50% membayar yuran Keselamatan TS setiap bulan. Oleh itu untuk memastikan pembiayaan Pengawal Keselamatan TS tidak terjejas, maka setiap penduduk perlu membayar yuran sebanyak RM100 sebulan (berkuatkuasa 1 jun 2012) untuk membiayai Tabung Pengawalan Keselamatan Taman. Bayaran ini termasuk membayar gaji pengawal keselamatan, membeli peralatan untuk keselamatan taman (seperti pagar duri, membayar kontraktor untuk pembinaan pagar) mesyuarat JK, mesyuarat penduduk, mencetak dokumen untuk edaran dan lain-lain.
Cara-cara untuk membayar Yuran Keselamatan (Payment Methods):
1. Memasukkan cek ke dalam kotak di Guard Post Utama
atau
2. Membayar kepada setiap Wakil Jalan yang ditetapkan
atau
3. Membayar terus kepada Bendahari JK Penaja PPTS, Hj Wan Jamil.

Notis lewat akan dikeluarkan kepada penduduk jika penduduk lewat membayar Yuran. Adalah amat penting bagi setiap penduduk membayar setiap bulan dan tidak menangguh membayar Yuran supaya yuran tidak tertunggak.

Sumbangan Ikhlas Penduduk kepada Tabung Keselamatan
Untuk memantapkan lagi Keselamatan Templer Saujana, JK Penaja juga mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan untuk membiayai beberapa peralatan bagi tujuan mengemaskini sistem keselamatan. Jika kutipan mencukupi, JK Penaja bercadang untuk memasang peralatan seperti berikut:
1. Palang Autogate
2. Menggantikan Guard Post lama dengan yang baru
3. Pemasangan CCTV di tempat-tempat strategik di dalam Taman.
4. Memasang pagar duri atau tembok yang senang dimasuki pencuri.
JK Penaja PPTS akan sentiasa memantau keadaan keselamatan di Taman ini dan akan cuba menyelesaikan masalah dengan sebaik-baiknya untuk keselesaan penduduk Templer Saujana.

Sekian, terima kasih

Setiausaha
JK Penaja
Persatuan Penduduk Templer Saujana